Saya menerima awak seadanya sebagai teman saya. Biarlah apa orang kata pasal awak, saya tak kisah. Sebab saya rasa saya faham awak macam mana. Saya tahu kita berhak memilih. Maafkan saya sekali lagi jika gurauan itu terlalu kasar dan susah untuk terima. Sedangkan gurauan itu hanya di mulut, bukan dari hati saya.
Awak selalu merajuk dengan saya, tapi kenapa tak dengan orang lain ? Dan saya, masih sabar, tegar memujuk awak setiap kali awak merajuk. Saya pujuk awak seikhlas hati saya. Hingga satu petang tu, awak SMS saya, awak janji takkan buat lagi. Dan saya terima seadanya maaf awak. Saya dah maafkan awak sebelum awak minta maaf lagi. Dan keesokannya, Alhamdulillah memang awak dah tak buat macam tu lagi. Tapi sekarang, mana janji awak tu ? Awak mungkir janji kan ? Awak dah lupa janji awak ? Apa yang awak dah buat sekarang ?
Kalau dulu awak sangat take care pasal saya. Saya suka. Serious saya suka. Saya terharu bila awak bersungguh-sungguh cari saya masa tengah hari tu, masa saya pening kepala, saya menghilangkan diri, saya keluar, saya melintas depan awak tanpa sepatah kata. Bila awak call saya banyak kali saya tak angkat, awak SMS saya tak reply. Tapi sungguh, saya rasa terharu sangat sebab awak caring sangat. Sampai orang lain pun perasan macam mana awak take care pasal saya. Tapi sekarang, semua tu tiada lagi..
Saya dah tak tahu nak cakap apa.. Kalaulah awak baca. Tapi saya tak pasti awak baca ke tak. Terpulang pada awak. Semuanya di tangan awak. Awak yang berhak menentukan semua ni. Tapi setinggi manakah ego awak ?
Kat sini saya nak dedicate satu lagu kat awak. Awak ingat tak awak bluetooth kat saya lagu ni yang awak nyanyi. Awak yang nyanyi, mesti awak faham apa maksud lagu ni. Sekarang ni, lagu ni, kisah dalam lagu ni, semuanya bertepatan dengan awak..
more sabar is the key (:
BalasPadamhahaha...awak buat hidup sy lebih bermakna...
BalasPadam