Sampai saat ini saya masih tertanya-tanya apa salah saya ? Dah empat hari saya tertanya-tanya kenapa jadi macam ni ? Tiada jawapan. Semua tiada jawapan. Yang tahu hanyalah awak & Allah swt saja.. Setakat ni saya masih sabar menunggu jawapannya. Maybe sampai satu tahap nanti, sampai saya dah penat fikir, maka masa tu saya akan buang semua ni jauh-jauh.
Apa salah saya sebenarnya ? Apa silap saya ? Inikah yang saya akan dapat ? Kehilangan seorang kawan, sahabat, teman berbicara, teman suka duka, penasihat serta penghibur hati saya.. Jika ini takdirnya, saya redha. Kerana saya percaya perancangan Allah lebih hebat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya juga masa depan saya.
Pada suatu petang, kita bergurau senda dengan gembiranya. Kita berbicara, berkongsi cerita, meluahkan rasa dengan cara gurauan.. Sekali air bah, sekalipun pasir berubah, begitulah yang terjadi antara kita pada awal keesokan paginya. Saya bingung, saya pening memikirkan. Kenapa begitu pantas ianya terjadi ?
Saya di biarkan dengan penuh persoalan. Sahutan saya tidak terjawab. Senyap. Semakin dingin. Mood saya menjunam jatuh. Why we have to be like this, dear friend ?
Kalau sesenang itu awak melupakan saya, menidakkan persahabatan yang telah terbina, saya redha.. Mungkin awak dah jumpa orang yang lagi baik untuk di jadikan teman. Dari dulu saya sedar, saya tak layak untuk berkawan dengan orang macam awak. Awak di kelilingi oleh ramai perempuan yang jauh lebih cantik, lebih baik dari saya. Awak ada rupa, awak ada kehebatan tersendiri. Benarlah jika awak hanya pandang saya sebelah mata, dan tak pedulikan saya.
Masihkah awak ingat segala kenangan yang tercipta antara kita ? Terlalu banyak yang tersirat. Maafkan saya andaikata saya memainkan perasaan awak. Sungguh saya tak sengaja. Saya tersepit. Maafkan saya jika awak rasa saya mempergunakan awak semata-mata untuk menjaga kepentingan diri saya & orang lain. Saya tak rancang semua ni. Saya bukan begitu.. Kalau nak di kira, nak di tulis tentang kenangan & memori antara kita, tak terkira, tak terkata betapa indahnya segala setiap detik bersama awak. Cukuplah tengok awak dari jauh, juga merenung wajah awak dari jarak yang dekat.
be strong .
BalasPadamalways sis...
BalasPadam