Isnin, 17 Disember 2012

Monolog Ku Buat Mu


Kuletakkan sepenuh harapan untuk aku terus maju untuk menggapai bintang di langit.

Kiranya aku sudah tidak terdaya lagi untuk mengotakan semua janji-janji yang pernah ku taburkan dahulu...

maafkan aku..

Hanya itu saja yang mampu aku lafazkan demi menutup semua kedinginan di dalam diri ini.

Berilah aku satu lagi peluang,

untuk aku buktikan bahawa aku masih boleh membuat yang terbaik sedaya ku!
untuk aku bina kembali tembok yang telah runtuh!
untuk aku ubati sayapku yang tercedera dek kerana kesilapanku sendiri!
untuk aku mekarkan kepercayaan mereka terhadapku!
untuk aku tabahkan diri ini!

Berikanlah masa walau sesaat untukku...

melontarkan segala durjana yang berada di dalam hati ini!
membuang segala kerosakan yang tersimpan di dalam hati ini!
menarik segala duri yang telah tertanam lama di dalam hati ini!

Agar aku dapat kembali menjadi aku yang dulu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan