Selasa, 11 September 2012

Permintaan Aku Yang Terakhir



Kalau aku mati esok, maafkan segala dosa-dosa aku. Aku hanya ingin kau tahu, aku hanya manusia biasa yang pasti akan lakukan kesalahan. Aku seorang lelaki yang sangat bersemangat. Tapi kadang-kadang semangat aku itu menyebabkan kau terasa dengan sikap aku. Maka maafkan aku.


Kalau aku mati esok, tataplah muka aku sepuas-puasnya. Aku hanya ingin kau lihat betapa jujurnya kasih sayang dan cinta aku pada kamu. Dalam hidup aku, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku, walaupun aku tahu kau sudah pergi jauh dari aku. Maka tataplah wajah aku.


Kalau aku mati esok, mandikanlah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu air yang mengalir dari tubuh badanku ini ibarat airmata aku yang mengalir kerana menangisi kepergian diri kamu. Sungguh aku sakit melihat kau hilang. Maka mandikanlah jenazah aku


Kalau aku mati esok, kapanlah tubuh badan aku. Aku hanya ingin kau tahu putihnya kain kapan itu, begitulah putih dan sucinya cinta aku pada kamu. Tak pernah ada warna lain dalam cinta aku ini. Maka kapankanlah tubuh badan aku


Kalau aku mati esok, usunglah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu tiap langkah yang aku ambil semasa hayat aku, betapa beratnya terasa. Setiap langkah aku seperti ada beban yang menghalang aku. Kehilangan dirimu melemahkan aku. Maka usunglah jenazah aku


Kalau aku mati esok, tanamkanlah aku. Aku hanya ingin kau tahu dalamnya tanah kubur aku, dalam lagi lubang yang kau tinggal dalam hati aku. Lubang yang kau tinggalkan ini, sukar untuk aku tutupnya kembali. Lalu aku biarkan ianya terbuka, walaupun pedih dan perit. Maka tanamkanlah aku


Kalau aku mati esok, bacakan aku Yassin. Aku hanya ingin kau tahu Yassin itulah yang menemani malam-malam aku ketika aku sedang berduka. Mengalir air mata tatkala melafazkan kalimah-kalimah suci Al Quran. Maka bacakan aku Yassin


Tapi jika aku tak mati esok, datanglah kepada aku. Aku ingin mencium tanganmu dan memohon maaf atas segala kesalahan aku kepadamu. Aku hanya ingin kau tahu, aku masih menerimamu walaupun luka lama masih berdarah lagi


Seandainya aku mati esok, cuma satu sahaja aku mohon dari kau. Tunaikanlah permintaan aku ini untuk kali yang terakhir

Isnin, 10 September 2012

Rahsia Bagaimana Hendak Mendapatkan Pekerjaan Dengan Mudah Telah Terbongkar!

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pencari kerja dan calon-calon temuduga.

Saya geram!


Apabila penemuga senyum sinis dan akhirnya ketawa dengan jawapan yang saya berikan (sedangkan saya rasa saya sudah menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga dengan baik).


Saya malu sendiri.


Apabila penemuduga mengatakan jawapan saya tidak selari dengan apa yang ditulis dalam resume (fikir-fikir balik, betul juga kata penemuduga itu).


Saya tergamam.


Apabila penemuduga mengatakan jawapan yang saya berikan memang TIDAK BETUL LANGSUNG.


(Lidah saya kelu).


Adakah perkara ini berlaku kepada anda? Jika ia tidak berlaku kepada anda, itulah yang berlaku kepada saya beberapa tahun dahulu ketika baru menamatkan pengajian. Ke hulu ke hilir saya mencari pekerjaan dan menghadiri sesi temuduga. Dari satu tempat ke satu tempat saya menjaja ijazah yang saya peroleh.


Pantang ada kekosongan yang ditawarkan sesebuah syarikat, saya cepat-cepat hantar salinan resume saya ke syarikat tersebut. Jika ada pesta kerjaya (career fair) yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, akan turut bersesak-sesak dari satu booth ke satu booth saya mengisi borang kekosongan pekerjaan. Ada yang memanggil untuk temuduga. Ada yang tidak.


Saya penat.


Sehinggalah pada satu hari, saya bertemu dengan seorang pengurus di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia. Beliau telah menemuduga ramai individu untuk bekerja dengan syarikat baik yang baru bergelar graduan atau yang sudah berpengalaman. Banyak tips yang beliau kongsikan dengan saya dan yang saya paling ingat ialah dalam temuduga ANDA PERLU MEMBUKTIKAN YANG ANDA ADALAH CALON TERBAIK UNTUK JAWATAN TERSEBUT.


Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pendidikan yang tinggi, ada kelayakan yang cukup dan mungkin merupakan calon yang terbaik untuk jawatan yang anda mohon itu. Akan tetapi walau sehebat mana pun pendidikan dan pengalaman yang anda miliki, anda MESTI membuktikan MENGAPA anda adalah calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.


Soalan: Bagaimana untuk membuktikan kepada penemuduga bahawa anda adalah calon yang terbaik? Apa yang harus anda lakukan?


Jawapan: Anda perlu mengetahui apa yang diperlukan oleh bakal majikan anda.


1. Apa yang penemuduga mahu?


2. Mengapa mereka bertanyakan soalan ini?


3. Apakah maksud mereka?


4. Bagaimana anda boleh buktikan yang anda adalah calon yang terbaik?



Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk anda mengetahui dengan TEPAT apa yang penemuduga mahukan supaya anda boleh menjawab soalan mereka dengan TEPAT. Dengan kata lain anda perlu mampu membaca minda mereka. Jika anda berjaya melakukannya, maka peluang anda untuk memiliki pekerjaan tersebut adalah sangat cerah. Anda sendiri akan terkejut betapa cepat dan mudahnya anda beroleh tawaran tersebut.



Baiklah, anda sudah tahu perkara ini sangat penting. Sekarang berhenti seketika. Soalan saya, apakah perasaan anda apabila saya katakan,


Anda sudah tahu dengan TEPAT apa yang penemuduga mahukan?

Anda sudah MENGETAHUI MAKSUD dari setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga?
Anda mampu MEMBACA MINDA penemuduga dalam setiap soalan yang diajukan?
Anda sudah mengetahui rahsia menjawab SEBARANG SOALAN yang dikemukakan dalam temuduga – tidak kira apa sahaja yang mereka tanya?
Anda sudah MEMILIKI hampir SEMUA SOALAN DAN JAWAPAN yang diperlukan?
Ya, perkara ini anda sudah tahu awal-awal lagi sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga.

“Oh! Ini semua mustahil dan seolah-olah tidak masuk akal!” anda berkata.


Cuba bayangkan pula, anda berjalan menuju ke bilik temuduga dengan keyakinan yang tinggi, dengan wajah yang ceria, dan semangat yang berkobar-kobar. Calon-calon lain pula menunggu giliran dengan rasa takut, cemas dan wajah yang pucat lesi.


“Ya, inilah yang saya mahukan!” anda berkata.


Baik, jika begitu saya ingin memperkenalkan kepada anda...


Dapatkan ebook ini ini sekarang. Ia akan mengubah hidup anda selepas ini. Anda tidak perlu lagi duduk menghadap komputer & laptop mencari tips menghadiri temuduga di internet serta soalan-soalan yang bakal ditanya dalam temuduga kerana saya telah melakukannya untuk anda.



Saya telah membuat kajian dan pemerhatian tentang soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga dan saya kumpulkan dalam ebook ini. Kesemua soalan dan jawapan ini dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Dengan kata lain, soalan dan jawapan yang saya berikan adalah dalam dwi-bahasa.


Sedarkah anda bahawa sesi temuduga boleh diibaratkan seperti pertandingan merebut pingat emas di Sukan Olimpik. Oleh itu apalah salah kiranya untuk anda melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan ‘pingat emas’ tersebut. Apalah salahnya melaburkan sedikit wang untuk membayar semula pengorbanan anda selama berada di universiti.




Oleh itu, jangan lepaskan peluang pekerjaan yang anda terima. Dapatkan panduan ini segera, amalkan isi kandungannya, bersedia dan praktikkan ketika sesi temuduga nanti
.

Khamis, 30 Ogos 2012

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Rabu, 15 Ogos 2012

Change Is The Only Constant

Up to this point the story has been played out,
Sometimes failing,
And sometimes in time.
But always present and always feeling just this close to breaking.
There was nowhere else to go and nowhere would have been right.
Hiding in corners,
Hoping for shadows or curtains to hide behind and change the colors and feelings.
Building something out of nothing again.
A wall, a door, a pillar, and another place to live and change.
Changing again,
Transparent and out of focus,
But with the best intentions always in mind.
First try, failure. second try, failure. number three, progress.
But always this breaking and running away never helps.
The holes you dig are always deeper,
Though better informed.
As much as it hurts,
They were right when they said, "change is the only constant."
So i'll keep this salt in my wound.
So i can keep that in mind.

Sabtu, 23 Jun 2012

Tolong Maafkan Aku Tapi Fahami Juga Aku

Tolong maafkan aku jika ada salah. Tolong maafkan aku jika ada yang terasa. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka. Kerana aku hanya manusia biasa. Aku tahu itu. Aku sedar itu.

Tolong maafkan aku jika ada yang terasa bila ku tegur. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka pada baris ayat. Tolong maafkan aku jika ada yang benci pada ulah kata. Kerana aku hanya. Menyampaikan kebenarannya. Tanpa aku sedar bahawa. Bahasaku melukakannya.


Tolong maafkan aku jika kamu kecewa dengan ku. Tolong maafkan aku jika kamu marah pada ku. Tolong maafkan aku jika aku menyakitkan kamu. Kerana aku kadang-kadang alpa. Pada susun kata yang ku tera.

Tolong maafkan aku jika ada yang kecil hati bila aku tidak membalas kembali jejak kehadiran. Tolong maafkan aku jika ada yang benci bila aku tidak mengikutmu seperti mana kamu hendakkan. Kerana aku hanya ingin kamu tahu. Aku tidak mahu kamu menjadi teman seperguruanku hanya jika kamu mahu aku mengikutmu kembali.

Tolong fahami aku, aku tidak pernah memaksa kamu. Jika tidak suka aku. Jangan pernah datang ke mari. Kerana aku tidak mahu kamu terluka lagi. Pada baris ayat yang aku tera, bait kata yang aku gubah. Tersirat isi-isi. Supaya kamu akan mengerti. Bahawa tiada sesiapapun yang ingin ku sakiti. Hanya mahu kamu sedar sendiri.

Tolong kenali aku sebelum kamu mahu berkata tentangku. Kerana segala isi hati, ku luahkan di sini. Tempatku bermain kata. Tempatku bersuara. Tempatku mengadu segala. Tempatku menangis hiba. Dan tempatku yang sebenarnya.

Tolong fahami aku kerana aku mahu kerana aku tidak bikin ini semua tanpa tujuan. Aku tidak lakukan ini semua tanpa arah. Aku tidak laksanakan ini semua tanpa amanah. Kerana aku mahu kalian menikmati. Segala yang ku saji. Pada lewat ketik jemari. Isi hati yang kalian sendiri miliki.

Tolong maafkan aku tapi tolong juga fahami aku.

*diam*

Jumaat, 22 Jun 2012

"For You, And Your Denial"


It's 4 a.m., you call to spit some fire out
But did you think that I would listen to you now?
It's nothing new so get in line with all the rest
And I will wait till you realize you're out of breath

Can you hear the crowd?
They all go wild
For you and your denial
They're watching you break down (break down)
Hate me all you want,
I'll be okay
I'm half the world away
I'm letting you go now (go now)

You've got sadness twisted up with jealousy
You show your fists to make them look like loyalty
And I have seen what holding on can take away
If it's the past you love then that's where you can stay



Can you hear the crowd?
They all go wild
For you and your denial
They're watching you break down (break down)
Hate me all you want,
I'll be okay
I'm half the world away
I'm letting you go now (go now)
Go now (go now)

Desperation kills
But when it's on your sleeve you wear it well
Underneath it all
You'll always have this war inside yourself

I'm letting you go now (go now)
Can you hear the crowd?
They all go wild
For you and your denial
They're watching you break down (break down)
Hate me all you want,
I'll be okay
I'm half the world away
I'm letting you go now (go now)
Go now (go now)
Go now (go now)
Go now (go now)


Rabu, 20 Jun 2012

You're Mine

You are the song in me that I can't ignore,
You are the simple things that I adore
You are the only thing that gets me like you do.
You know it's you.
You are the story line, the hidden theme
You are the mastermind when it comes to loving me.
And you are the meaning of I do,
You know it's you
.


Oh it's you who has stolen my heart,
And my weakness is your strongest part.
I could write a million songs to say how I feel,
'Cause I felt it from you,
And you know that it's so real.
I'll dress it up to emphasize,
I'll tell the whole world that...

 

You are everything I could ever dream,
You are the part of me I could never see,
You are the force behind a kiss that makes me move,
You know it's you.
You are the sparkle in a star-filled sky,
You are the how's and when's,
You're my perfect alibi.
And nobody gets me like you do,
You know it's you.


Oh, it's you who has stolen my heart,
And my weakness is your strongest part.

I could write a million songs to say how I feel,
'Cause I felt it from you,
And you know that it's so real.
I'll dress it up to emphasize,
I'll tell the whole world that you're mine...

 
Oh, that you're mine,
And I hope you feel it too,
When I say that I need you...

I could write a million songs to say how I feel,
'Cause I felt it from you,
And you know that it's so real.
I'll dress it up to emphasize...
I'll tell the whole world that
It's you who has stolen my heart,
And only you know how to fill every part.



I'll let the whole world know,
I'll let the whole world know...
That you're mine.