Kalau
aku mati esok, maafkan segala dosa-dosa aku. Aku hanya ingin kau tahu,
aku hanya manusia biasa yang pasti akan lakukan kesalahan. Aku seorang lelaki yang sangat bersemangat. Tapi kadang-kadang semangat aku itu
menyebabkan kau terasa dengan sikap aku. Maka maafkan aku.
Kalau
aku mati esok, tataplah muka aku sepuas-puasnya. Aku hanya ingin kau
lihat betapa jujurnya kasih sayang dan cinta aku pada kamu. Dalam hidup
aku, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku, walaupun
aku tahu kau sudah pergi jauh dari aku. Maka tataplah wajah aku.
Kalau
aku mati esok, mandikanlah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu air
yang mengalir dari tubuh badanku ini ibarat airmata aku yang mengalir
kerana menangisi kepergian diri kamu. Sungguh aku sakit melihat kau
hilang. Maka mandikanlah jenazah aku
Kalau
aku mati esok, kapanlah tubuh badan aku. Aku hanya ingin kau tahu
putihnya kain kapan itu, begitulah putih dan sucinya cinta aku pada
kamu. Tak pernah ada warna lain dalam cinta aku ini. Maka kapankanlah
tubuh badan aku
Kalau
aku mati esok, usunglah jenazah aku. Aku hanya ingin kau tahu tiap
langkah yang aku ambil semasa hayat aku, betapa beratnya terasa. Setiap
langkah aku seperti ada beban yang menghalang aku. Kehilangan dirimu
melemahkan aku. Maka usunglah jenazah aku
Kalau
aku mati esok, tanamkanlah aku. Aku hanya ingin kau tahu dalamnya tanah
kubur aku, dalam lagi lubang yang kau tinggal dalam hati aku. Lubang
yang kau tinggalkan ini, sukar untuk aku tutupnya kembali. Lalu aku
biarkan ianya terbuka, walaupun pedih dan perit. Maka tanamkanlah aku
Kalau
aku mati esok, bacakan aku Yassin. Aku hanya ingin kau tahu Yassin
itulah yang menemani malam-malam aku ketika aku sedang berduka. Mengalir
air mata tatkala melafazkan kalimah-kalimah suci Al Quran. Maka bacakan
aku Yassin
Tapi
jika aku tak mati esok, datanglah kepada aku. Aku ingin mencium
tanganmu dan memohon maaf atas segala kesalahan aku kepadamu. Aku hanya
ingin kau tahu, aku masih menerimamu walaupun luka lama masih berdarah
lagi
Seandainya aku mati esok, cuma satu sahaja aku mohon dari kau. Tunaikanlah permintaan aku ini untuk kali yang terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan